Wednesday, January 7, 2009

Alam Maya...

Salam semuanya...
Buat pertama kali nya saya menulis cerita begini...Nama saya AWANG BONGSU,pelik bunyi ye kan?umur masih remaja..cewahhh!perkerjaan kuli sahaja.Hidup saya banyak bersendiri sahaja..pernah ke korang berjumpa dengan orang halus ini?Percaya ke korang ia wujud?Hmmm fikirkan!...Siapa tidak pernah berjumpa memang lah mereka kata ia karut sahaja!Dunia moden mana ada semua ini..Bagi ku ia memang wujud!Sewaktu saya tinggal di kuala lumpur tiada apa-apa yang bagus seperti di kampung...Cuma nampak bangunan yang tinggi-tinggi,orang ramai,kereta setiap saat lalu lalang...Rasa serabut kepala pun ada,tapi itu lah bandar metropolitan.Sejak saya tinggal di kampung dalam 6 tahun ini...Rasa seronok pulak hati ku ini!walaupun kawan memang tak ramai..keadaan yang sepi lagi menghijau....

Suatu petang...
Family saya ajak pergi makan angin(kenyang juga)hihihi!Dari rumah saya perjalanan hampir 1jam ke destinasi.Sampai sahaja disana,saya tengok tempat apa ini macam tak seronok sahaja.Dalam hutan penuh pokok-pokok,suara cekerik,burung dan sebagainya.Tempat penuh bersejarah rupanya ayah saya bawa...Nama tempat nya TAMAN WARISAN GUA ********.Masuk dikenakan bayaran di service center..Service center terdapat barang-barang kajian purba dimana semua itu dijumpai dalam gua tersebut.Hatiku mula berkenan tempat ini,hihihi masuk sejuk jer rasa badan ini..Maklum lah dalam hutan segar sekali udara nya.

Selama disini...
Kami pun dah kenal semua guide dalam ini..Peramah juga mereka ini siap melawak lagi!hihihi...Dalam ini terdapat 1++ gua!ciptaan tuhan semua nya indah...Tak banyak gua saya pergi melawat.Tempat bukan sebarang tempat.....